Banduan diberi peluang sambung pelajaran

Atas kesalahan melakukan dua pembunuhan Halim dijatuhkan hukuman penjara tanpa tarikh bebas. Perit namun itulah kehidupan baharu yang perlu ditempuhi Halim sebagai banduan di penjara sejak 2001. Pada 2009, bermula dari satu surat yang dihantar oleh ibu bapa salah seorang daripada banduan Penjara Kajang akhirnya mengubah landskap sistem pendidikan mereka.