Banduan dipercayai lari ke KL

Polis sedang mengesan seorang banduan lelaki Chow Kim Liong, 44 tahun yang melarikan diri ketika mendapat rawatan dari Hospital Kajang kira-kira jam 8 malam tadi. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata banduan dari Penjara Kajang itu masih memakai seluar penjara berwarna merah, berbaju t-shirt putih dengan tangan kiri bersimen.