Bangunkan segera sistem amaran SMS bencana

Susulan pelbagai kejadian bencana melanda negara jiran. Rakyat Sabah mahu sistem amaran bencana dan tsunami melalui sistem pesanan ringkas yang dicadangkan kerajaan Oktober lalu, dipercepatkan. Hal itu disuarakan pemimpin dan masyarakat setempat Sabah ekoran pelbagai kejadian gempa dan tsunami melanda negara Filipina dan Indonesia baru-baru ini.