Tutup

Banjir dijangka meningkat di daerah Baling

Bilangan mangsa banjir dijangka bertambah sekiranya hujan turun tanpa henti sehingga lewat petang. Ini berikutan hujan masih turun dan paras air Sungai Baling kian meningkat. Menurut Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Lt Mohd Faizol Ab Aziz, bilangan mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir (PPB) 50 orang daripada 17 keluarga.