Tutup

Banjir kali ini berbeza, walaupun saban tahun dilanda banjir

Kenaikan paras air sungai secara mendadak sehingga melimpah ke kediaman mencemaskan penduduk di Kampung Cheting, Hulu Terengganu. Menurut penduduk walaupun sudah biasa dengan situasi banjir yang saban tahun melanda, namun situasi yang dialami pada rabu berbeza berbanding sebelum ini. Hanya beberapa jam hujan, kawasan mereka dibanjiri mencecah paras pinggang.