Banjir kilat: PBT digesa pantau projek pembangunan

Pihak berkuasa tempatan PBT diminta memantau semua projek pembangunan termasuk Projek Gajah Putih yang menjadi penyumbang kejadian banjir kilat. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menegaskan tindakan tegas termasuk denda akan dikenakan terhadap mana mana pihak yang gagal mematuhi penilaian kesan alam sekitar EIA.