Banjir Townsville: Tiada laporan pelajar Malaysia terjejas

Kementerian Pendidikan tidak menerima sebarang laporan mengenai pelajar Malaysia terjejas dalam kejadian banjir buruk yang melanda bahagian utara Queensland, Australia. Menterinya Dr Maszlee Malik berkata pada masa sama pihaknya bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan bencana itu.