Bank rugi RM130,000 dirompak dalam masa 5 minit

Sebuah bank di Utropolis Mall, Jalan Kontraktor U1/14, Hicom Glenmarie Industrial, Shah Alam kerugian RM130 ribu selepas dirompak seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol automatik. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib kejadian berlaku kira-kira 3.50 petang, pada Isnin.