Banner viral undang rasa kurang senang Tok Mat

Banner yang didakwa menghina calon Pakatan Harapan pada hari kelapan kempen PRK DUN Rantau mengundang rasa tidak senang kepada calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurut beliau, itu merupakan provokasi untuk membangkitkan kemarahan kaum India terhadap BN.