Bantu rakyat Palestin, Syria, Rohingya rasai nikmat korban & akikah

Kehadiran Aidiladha saban tahun, detik ditunggu-tunggu terutamanya umat Islam yang kurang berkemampuan atau berada di negara bergolak termasuk Palestin, Syria dan Lubnan. Menepati objektif penubuhan yang memberi fokus kepada kebajikan rakyat Palestin, Aman Palestin meneruskan misi bantuan dengan menganjurkan ibadah korban dan akikah di negara terlibat termasuk Malaysia.