Bantuan bekalan air kurang berkesan

Musim kemarau yang melanda Kedah menyebabkan beberapa kawasan di negeri itu terputus bekalan air bersih. Antara kawasan kritikal ialah di Tanjung Dawai dekat Sungai Petani. Lebih 1,200 penduduk terpaksa mengharapkan bekalan air bersih dari lori tangki yang dihantar Syarikat Air Darul Aman (SADA).