announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bapa dan ibu tiri durjana direman

Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mati dipercayai didera dalam kejadian di Taman Vista Jaya, Lukut Port Dickson semalam, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini. Perintah tahanan reman sehingga 8 Februari ini, dikeluarkan oleh Majistret Siti Khairiah Abd Razak terhadap suspek yang masing-masing berusia 38 dan 34 tahun.