Tutup

Bapa durjana rogol anak 13 tahun diburu

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun sejak dia berusia enam tahun. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata mangsa mendakwa dirogol tiga kali seminggu dan diugut supaya mendiamkan diri jika tidak mahu ibunya dicederakan.