Bapa, ibu direman kes simbah anak dengan air panas

Sepasang suami isteri direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki mendera anak mereka dengan menyimbah air panas kerana menghabiskan makanan. Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muna Maria Azmi.