Bapa simbah air panas badan anak ditahan polis

Selepas lebih seminggu melarikan diri, seorang bapa yang menyimbah air panas pada badan anak perempuannya di Flat Kampung Melayu, Air Itam , Pulau Pinang minggu lalu akhirnya ditahan polis. Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai di Jalan Paya Terubong, pada pagi Ahad.