Bapa tiga anak didakwa rogol bekas kekasih

Seorang bapa tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga bekas kekasihnya, lapan tahun lalu. Tertuduh, Mohd. Airul-Nizam Zainal, 26 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.