Bas sekolah bawa 38 murid terbakar

38 murid sekolah mengalami detik cemas selepas bas sekolah yang dinaiki terbakar berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Senai-Desaru (arah Senai) pagi Selasa. Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika bas sekolah itu dalam perjalanan menghantar kesemua murid ke sekolah swasta di Senai.