Tutup

Bauksit: masih wujud perlombongan haram

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak menolak kemungkinan berlaku kegiatan perlombongan Bauksit secara haram sepanjang tempoh moratorium. Ia berikutan jumlah simpanan Bauksit masih berbaki di kawasan penyimpanannya terutama di Felda Bukit Goh, Kuantan. Berikutan kawasan perlombongan yang terlalu luas, ia turut menyukarkan aktviti penguatkuasaan.