Bawa ayam naik bas tanpa permit, 4 lelaki didenda seribu ringit

Empat lelaki didenda seribu ringgit seorang oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana memindahkan 13 ekor ayam tanpa permit dengan menaiki bas ekspres dari Kelantan ke Johor Bahru tahun lalu. Tertuduh Nik Nor Ilham Mohd Affandy, 41, Mohd Zulhelmi Hamzah Zuhaimi, 27, Fauzi Yazid, 47 dan Raja Alfaizal Raja Azlan, 27 tahun kesemuanya mengaku bersalah.