Bawa gambaran Islam agama kesejahteraan

Umat Islam diminta sentiasa memberikan gambaran bahawa Islam adalah ajaran kesejahteraan, keamanan dan sentiasa memahami agama lain. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keharmonian dalam Islam itu sendiri menolak persepsi negatif bahawa ia sebuah agama berunsur keganasan.