Tutup

Bawa straw sendiri mulai sekarang - PEKA

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) mencadangkan orang ramai mula membawa penyedut minuman atau straw sendiri jika mahu minum di premis-premis makanan. Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, ia perlu dilakukan sekarang selaras dengan kempen pengharaman straw plastik mulai tahun 2020 yang akan dimulakan di Wilayah Persekutuan. Jelasnya, penggunaan straw plastik sangat bahaya kepada alam sekitar.