Tutup

Bayar Sarawak Report RM1 juta, Pas digesa beri penjelasan

Pas digesa beri penjelasan tentang dakwaan bayaran RM1 juta kepada Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown bagi penyelesaian luar mahkamah sebuah kes saman. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penjelasan itu perlu bagi mengelak kekeliruan rakyat selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik saman terhadap Sarawak Report. Katanya, terdapat beberapa fakta Abdul Hadi dilihat bercanggah dengan kenyataan Afidavit Clare.