Bayaran BSH fasa kedua 28 Mei

Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei ini. Menterinya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pembayaran itu berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai yang akan diterima.