Bayi 12 bulan antara mangsa maut sepanjang Ops Selamat 15

Masuk hari ke sembilan Ops Selamat 15 dilancarkan, seorang bayi perempuan berusia setahun maut, manakala tiga anggota keluarganya parah. Kejadian berlaku selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 54 Jalan Raya Timur Barat Gerik Jeli.