Tutup

Bayi 17 bulan diculik, ditemui selamat

Bayi perempuan 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan, yang dilaporkan dibawa lari individu tidak dikenali selepas kediaman keluarganya di Kampung Parit Lanjut Sungai Terap, Muar dipecah masuk pagi tadi, ditemukan selamat. Bayi malang berkenaan dipercayai dijumpai di kawasan semak berdekatan sebuah pencawang elektrik di sekitar Muar, kira-kira jam 4 petang tadi.