Tutup

Bayi baharu lahir dijumpai dalam semak di Balik Pulau

Disangka bunyi kucing, rupanya tangisan bayi. Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di dalam semak-samun di tepi sebuah rumah di Kampung Kuala Sungai Pinang Balik Pulau, pada Ahad. Bayi itu ditemukan dalam keadaan berbalut dengan plastik sampah berwarna hitam oleh penduduk yang lalu di kawasan tersebut kira-kira jam 11.40 pagi.