Tutup

Bayi ditinggal telanjang menangis tanpa henti

Telanjang bulat, pucat kesejukan, dengan kesan cakaran kucing dan menangis tanpa henti, itu gambaran seorang bayi buang yang ditemui di blok dua Pangsapuri Birch Wood, Bandar Tasik Puteri pagi tadi. Bayi malang itu ditemui seorang suri rumah jam 7 pagi selepas pelik mendengar tangisan bayi tidak henti-henti.