Bayi lelaki ditemui di R&R Lanchang

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui oleh orang awam di dalam tandas wanita di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lanchang menghala ke Kuala Lumpur, awal pagi tadi. Ketua Polis daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, bayi lelaki itu ditemui pada pukul 5 pagi dalam keadaan bogel.