Bayi lemas dalam baldi, ibu redha ketentuan ilahi

Bayi lelaki yang ditemui lemas di dalam baldi di rumah keluarganya di Kampung Bukit Tunggal Kuala Nerus Terengganu kerap berulang alik ke bilik air dan menunjukkan beberapa kelakuan pelik tiga hari sebelum kejadian. Menurut Nor Azizah Ismail anak bongsunya yang berusia setahun enam bulan itu terlalu rapat dengannya dan enggan berenggang beberapa hari sebelum kejadian.