Bayi maut didera alami kecederaan lama

Bayi perempuan berusia enam bulan yang maut di Manjung awal pagi semalam dipercayai didera dan telah dibiarkan beberapa hari sebelum dihantar ke Hospital. Ketua Jabatan Siastan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati tubuh bayi tersebut mempunyai beberapa kecederaan lama yang dipercayai disebabkan oleh penderaan.