Tutup

'Bayu' dipindah ke Taman Negara Terengganu

Perhilitan Kelantan memindahkan seekor gajah liar yang merosakkan tanaman penduduk di Kampung Sungai Bayu, Gua Musang. Operasi pemindahan gajah jantan yang diberi nama 'Bayu' seberat dua tan itu dilakukan dengan bantuan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.