Tutup

Bazar 'Kashless' sokong #Zerofoodwastage, #sayno2plastic

Bazar Ramadan 'Kashless' Kampung Bharu ini turut mengambil inisiatif untuk menerapkan sikap tidak membazir makanan dan menolak penggunaan plastik. Dalam usaha yang disokong Puteri Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah itu, lebihan makanan di bazar tersebut akan dikumpul dan dibungkus oleh sukarelawan sebelum diagihkan kepada gelandangan serta golongan miskin bandar.