Bazar Ramadan kini beroperasi di Jalan Raja

Buat pertama kalinya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menutup sebahagian Jalan Raja dan dijadikan laluan sehala untuk semua jenis kenderaan. Penutupan itu adalah bersempena dengan bazar Ramadan yang akan beroperasi di Jalan Raja dari 6 Mei hingga 5 Jun.