Tutup

Bebas pencemaran amonia

Polis mengesahkan kawasan kilang pemprosesan ayam di Merlimau Melaka yang mengalami kebocoran gas ammonia, bebas daripada sebarang pencemaran. Malah ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz, pengesahan itu sekaligus menjadikan kawasan sekitar kilang termasuk penempatan penduduk setempat juga bebas pencemaran bahan kimia itu. Kita bersama sekarang secara langsung dengan wakil Astro AWANI di Melaka, Shuhadah Kadir. Shuhadah, rangkumkan untuk penonton insiden ini..