Bebaskan kesemua 47 warga Malaysia

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah sudah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Prak Sokhonn, yang juga Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa bagi menzahirkan hasrat Malaysia supaya kesemua 47 warga Malaysia yang kini ditahan di penjara Provinsi Banteay Meanchey dibebaskan dengan segera. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada malam Rabu.