Bedilan bunga api sinonim dengan rakyat Kuala Terengganu

Bedilan bunga api sempena berbuka puasa serta tanda masuk waktu Imsak sudah sinonim dengan penduduk Kuala Terengganu sejak sekian lama. Dentuman dari atas Bukit Puteri adalah isyarat bagi memudahkan umat Islam menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan dan enam hari pada Syawal.