Tutup

Bekalan air di Kelantan masih cukup

Sumber air bawah tanah di Kelantan masih mencukupi, walaupun terdapat penurunan paras air sungai utama. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut menyifatkan keadaan masih lagi terkawal. Justeru, kerajaan negeri belum bercadang untuk mengadakan solat sunat memohon hujan atau istisqa, di semua masjid dan surau di negeri itu.