Bekalan air Lembah Klang beransur pulih

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) kini beroperasi sepenuhnya dan pemulihan bekalan air secara berperingkat sedang berlangsung. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Ahli Kumpulan Air Selangor, dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan pemantauan di tapak, beberapa kawasan mula mendapat bekalan air awal pagi tadi.