Bekalan darah Kedah, Perlis kritikal

Bekalan darah di Kedah dan Perlis kritikal. Ia berlaku sejak umat Islam menjalani ibadah puasa dan cuti Hari Raya Aidilfitri yang panjang. Perkara itu diumumkan Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail dan setakat hari ini stok bekalan darah di dua negeri itu hanya tinggal 400 unit.