Tutup

Bekalan elektrik 24 jam di Kampung Kuala Koh, Gua Musang tahun depan

Bermula tahun depan, seramai 198 penduduk membabitkan 53 keluarga Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan bakal menikmati bekalan elektrik 24 jam. Projek bernilai 2 juta ringgit itu disumbangkan pihak kerajaan melalui kementerian pembangunan luar bandar (KPLB). Antara lain, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk disiapkan. Untuk laporan lanjut, kita bersama wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad.