Tutup

Bekalan kelapa pada musim perayaan mencukupi - FAMA

Langkah mengimbangi hasil keluaran kelapa tempatan dan import dijangka dapat memastikan kekurangan bekalan tidak berulang pada musim perayaan seperti tahun lalu. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjelaskan pihaknya akan memastikan bekalan kelapa daripada Indonesia dan Thailand mencukupi bagi mengimbangi permintaan pasaran tempatan.