Bekalan minyak di Johor mencukupi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP Johor beri jaminan bekalan petrol dan diesel di negeri itu mencukupi. Pemantauan serta pemeriksaan lebih agresif akan dijalankan di 500 stesen minyak sebaik penyelarasan harga runcit produk petroleum yang dijangka dilaksana Selasa ini.