Bekas Bendahari Kelab didakwa pecah amanah

Bekas Bendahari Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Perak didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat atas 25 tuduhan pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM26,379.95, dua tahun lalu. Tertuduh, Roziana Mohd Dahalan, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.