Tutup

Bekas CEO SSM dan anak didakwa terima rasuah RM5.7 juta

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.7 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan hakim Azura Alwi.