Tutup

Bekas Hakim didakwa lagi

Azmil Muntapha yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang di Istana Kehakiman, Putrajaya, turut didakwa dengan pertuduhan kedua kerana menerima suapan berjumlah 5,000 ringgit bagi menjatuhkan hukuman denda sahaja terhadap enam individu lain yang melakukan kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953(Akta289). Dia didakwa mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM 2009 (Akta 289) dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan. Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 16 Disember depan.