Bekas pembantu tadbir direman seleweng dana biasiswa pelajar

Seorang bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas dipercayai menyeleweng dana biasiswa pelajar sekolah bernilai kira-kira RM 2.5 juta. Majistret Analia Kamaruddin membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 31 tahun itu bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).