Bekas pemimpin MIC didakwa gubah wang haram

Bekas Naib Presiden MIC, Tan Sri S.Balakrishnan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan pengubahan wang haram, pada Jun 2012 dan September 2013. Ia membabitkan transaksi daripada akaun Syarikat Sinaiyah And Sons Sendirian Berhad, berjumlah kira-kira RM6 juta.