Bekas pemimpin PAS disiasat SPRM terima dana daripada kerajaan dulu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dan menyalahgunakan wang yang diterima daripada kerajaan terdahulu Barisan Nasional. Sumber SPRM mengesahkan perkara itu kepada Astro AWANI, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut perkara itu.