Bekas tentera didakwa bunuh isteri

Seorang bekas tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan membunuh isterinya dengan menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian di Taman Seri Duyong Fasa Dua, awal bulan lalu. Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh diarahkan untuk dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru bagi pemeriksaan kesihatan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).