Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah sertai Warisan

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah mengumumkan penyertaan dalam Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada Jumaat. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat itu sudahpun menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.